Iklan Sebentar!

Saturday, February 13, 2010

Jangan Sambut Hari Kekasih

"Tak perlu aku ragui..
Sucinya cinta yang kau beri...
kita saling kasih mengasihi...
dengan sepenuh hati..."

emmm begitulah ungkapan lagu kasih kekasih...
esok 14 feb 2010... terdetik di fikiran saya untuk memberikan sedikit bingkisan berkaitan hari kekasih ni...

dua tiga hari nie ble buke je akhbar.. majalah.. t.v pastinya ade shaja cerita yang berkaitan hari kekasih nie... setiap tahun ble masuk je bulan februari pastinya valentine's day menjadi topik hanyat untuk diperkatakan..

Hukum mengenai hari kekasih ini telah jelas dan nyata diketahui oleh masyarakat umumnya... saya berasa hairan jika masih ade yg menyatakan bahawa mereka tidak tahu mengenai hukum menyambut hari kekasih ini.

Terang lagi bersuluh.. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa:
" Amalan sambutan Valentine's day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama Kristian.

Selain itu JAKIM telah memutuskan bahawa hukum menyambut hari kekasih ini adalah HARAM dan BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM.

Warta Jam 10 RTM pg ini juga telah memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak menyambut hari kekasih ini dan Jabatan Agama Islam juga akan mempertingkatkan kawalan serta penguatkuasaan untuk memastikan bahawa umat Islam terutamanya anak-anak muda tidak akan terus lalai bergelumang dengan bahana akibat Valentine's day yang amat bercanggah dengan agama suci kita Islam..

No comments:

Post a Comment