Iklan Sebentar!

Wednesday, June 2, 2010

keliru sungguh.....

Assalamualaikum...........

lama sungguh sy x menulis dlm blog nie... maklum la, 'Budak baru belajar' hehe tak pandai sangat nak menulis....

emmm sekadar renungan n perkongsian...

sy ingin berkongsi pengalaman... pengalaman sendiri yang agak mengelirukan saya....

Al kisahnya bermula....

pada malam 21/02/10 yang lalu saya telah menaiki bas dari Putrajaya ke Kuala Terengganu... sampai je kat station bas MPKT kat kuala terengganu jam 5 pagi saya menunggu seorang kawan yang akan tiba dari Taiping Perak. Maklumlah nak pergi ke Universiti saya tu perlu naik teksi, jadi tak berani pula nak naik teksi awal2 pagi sorg2... huhu

Nak dijadikan cerita... bas kawan saya tu sampai lewat... saya menunggu sampai pukul 6.30 pagi.. tapi bas dia tak sampai lagi... jadi saya pun naik la ke surau MPKT untuk solat subuh...

masa saya masuk surau tu ada dua orang kakak yang baru selesai solat dan seorang budak perempuan ( umur belasan tahun) sedang duduk di bahagian belakang... saya mula rasa ragu-ragu dan mengambil langkah berjaga-jaga...

Setelah selesai mengambil wuduk... saya seorg saja yang tinggal dalam surau tu... saya terus solat dan saya letak beg kecil ( mengandungi barang2 penting) di atas sejadah di bahagian atas... sedang saya solat (sujud rokaa't ke dua) saya terdengar bunyi syiling dan terus terfikir mengenai beg kecil saya itu, saya terus bangun dan lihat budak perempuan tadi lari membawa beg saya tu... huhu :-(
( keliru dengan umat Islam kita kini... berani mencuri di dalam surau sewaktu orang solat??)


saya hilang:
  • dua H/P
  • i/c
  • dua kad bank
  • lesen memandu
  • duit
yang saya keliru nie... bukan sekadar kena curi tu... tapi peristiwa selepas tu...
bak kata pepatah 'sudah jatuh ditimpa tangga'

dah la saya jadi mangsa... yang saya keliru banyak betul saya kena denda... saya tak faham ngan sistem yang ada di negara kita nie...

berikut merupakan cas n denda yang saya kena bayar kerana menjadi mangsa curi:

  1. Report polis :RM2.00
  2. i/c :RM60.00 (klu ragut free)
  3. kad bank Islam: RM20.00
  4. lesen:RM20.00 (denda) + Rm30.00 (bayaran lesen setahun)
huhu bayang kan la... saya betul-betul keliru... huhu bayangkan jika semua nie dialami oleh mereka yang kurg berkemampuan... emmm sama-sama la kita fikirkan...

sekadar renungan....

2 comments:

  1. Salam..
    awak sabar banyak-banyak, pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  2. ish3..pa nk jd org zaman sekarang..tgu kat surau semata-mata nak tgu peluang bt kje jhat..

    ReplyDelete